Home Berita Semasa Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia


GURU BERTUGAS MINGGUAN (MINGGU 25 & 26)
Tarikh : 10/07/2017 - 21/07/2017
1. Dr. Dhanapal a/l Rengasamy (K)
2. En. Ahmad Tarmizi Abdul Latif
3. Pn. Zafrizah bt Mohamat Husain
4. Pn. Nur Fairuz bt Azmi
5. En. Hasbullah Ahmad
6. Pn. Aznaini Abdullah
7. Pn. Badariah bt Noh


AKTIVITI / MESYUARAT
  • -

  • MEMO / MAKLUMAN
  • Senarai Nama Pelajar (Versi 2) boleh dimuaturun di 'Download >>Bahan Untuk Guru. (Sila login untuk link capaian terhad)
  • Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia PDF Print E-mail
    Written by Administrator   
    Friday, 08 November 2013 07:44

    PEMBERITAHUAN : LOGO BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


    Logo_KPM

    RASIONAL

    Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.


    Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global.


    Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.


    Rekabentuk oleh :

    Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad

    (Majlis Rekabentuk Malaysia)


    Sumber : Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia



    Last Updated on Sunday, 12 January 2014 13:32