Home Profil HSBM Bicara Pengetua


GURU BERTUGAS MINGGUAN (MINGGU 297 & 30)
Tarikh : 07/08/2017 - 18/08/2017
1. Pn. Zainah Mohd Noor (K)
2. Pn. Rohaiza binti Hashim
3. Pn. Aliza bt Ahmad
4. En. Mohd Nasrul bin Abu Bakar
5. Pn. Tg. Nazuin bt Tg. Nazudin
6. Pn. Nur Hasliza bt Md Osman
7. Pn. Ku Zurriyati bt Ku Ismail
8. Pn. Ruthra Devy a/p Ulaganathan


AKTIVITI / MESYUARAT
  • -

  • MEMO / MAKLUMAN
  • Senarai Nama Pelajar (Versi 2) boleh dimuaturun di 'Download >>Bahan Untuk Guru. (Sila login untuk link capaian terhad)
  • Bicara Pengetua PDF Print E-mail
    Written by Administrator   
    Friday, 11 February 2011 00:00

    BICARA PENGETUA


    Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

     

    KhaluqulZaman

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, saya diberi kesempatan untuk memberi sepatah dua kata dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah sesi 2017 ini. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang berusaha menyiapkan buku ini agar dapat dijadikan rujukan dan panduan untuk melaksanakan tugasan dan pengurusan dengan lebih terarah dan berkesan.

    Saya juga ingin mengucapkan selamat datang ke sesi persekolahan baharu tahun 2017. Terima kasih juga diucapkan kepada semua warga kerja sekolah yang melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk sesi persekolahan tahun 2016 sehingga berjaya meningkatkan pencapaian dalam PT3.


    Pada tahun 2016, kita telah berusaha untuk meraih pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan berdasarkan prestasi yang telah kita capai serta etos yang ditonjolkan malah menyerlah dalam pelbagai aspek pendidikan. Semoga kita berjaya dalam penilaian tersebut. Saya amat yakin bahawa semua guru akan meneruskan tradisi budaya kerja cemerlang dengan modal insan yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan terus menjadi sekolah pilihan utama. Semoga kita berjaya mencapai impian menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi dalam masa terdekat ini. Sesungguhnya motto sekolah “Accomplish or Do Not Begin” adalah pemberi inspirasi kepada semua guru untuk terus berusaha dengan lebih gigih dan melaksanakan kewajipan yang diamanahkan demi menghasilkan murid cemerlang serta berkaliber antarabangsa supaya dapat melanjutkan pelajaran di institut pendidikan terbaik di dunia dan seterusnya menjadi personaliti unggul dalam semua bidang yang diceburi.


    Pihak sekolah sentiasa berusaha menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Pelbagai inisiatif diambil bagi melengkapkan Bilik 21st Century Learning dan seluruh sekolah sebagai prasarana untuk guru mengajar dengan lebih efisien dan relevan dengan perkembangan semasa. Telefon pintar yang dilengkapi dengan perisian yang sesuai untuk memudahkan guru mengajar akan dimanfaatkan sepenuhnya. Para guru juga memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21.


    Akhir kata, semoga sesi persekolahan tahun ini akan seiring dengan azam dan tekad untuk meningkatkan kualiti dan profesionalisme diri yang menuntut perubahan bagi menjamin HSBM akan mencapai prestasi yang membanggakan dan mencipta kejayaan yang gemilang dalam semua bidang.

     

    Sekian, terima kasih.

     

    ‘ TOGETHER WE STRIVE FOR EXCELLENCE’

     

     

    EN. KHALIQUL ZAMAN MOHAMED SHERIFF

    Pengetua Cemerlang

    SMK Tinggi Bukit Mertajam


    Last Updated on Sunday, 26 February 2017 14:48