Home Profil HSBM Sejarah


GURU BERTUGAS MINGGUAN (MINGGU 33 & 34)
Tarikh : 11/09/2017 - 29/09/2017
1. En. Teh Meow Lee (K)
2. Pn. Sarizah bt Samsudin
3. Pn. Wan Mohd Ridwan b Md Yusuff
4. Pn. Chua Bee Fang
5. Cik Balqies binti Abdul Latiff
6. Pn. Siti Fatimah bt Mohamed
7. Pn. Sushil Kaur a/p Tara Singh
8. En. K Puvirajan


AKTIVITI / MESYUARAT
  • -

  • MEMO / MAKLUMAN
  • Senarai Nama Pelajar (Versi 2) boleh dimuaturun di 'Download >>Bahan Untuk Guru. (Sila login untuk link capaian terhad)
  • Sejarah Sekolah PDF Print E-mail
    Written by Administrator   
    Wednesday, 09 February 2011 13:11

    Pada awal penubuhan

    Bukit Mertajam High School adalah sekolah kerajaan yang pertama di Province Wellesley, dan adalah cater untuk schoolboys di Province.

    Edgar De La Mothe Stowell,
    Pengasas HSBM

     

    Pada 1920an, The man who is responsible for the planning was Mr. Harold Ambrose Robinson Cheeseman, selepas ketua inspecter dan Director of Education, Malaya. Orang yang pertama menjadi guru besar ialah Mr. Edgar De La Mothe StowellMr. Stowell dia telah pun menubuhkan replica yang agak terkenal iaitu Sedbergh English Public School

     

    Bukit Mertajam High School,
    Anggota Tenaga Pengajar HSBM 1927
    Berdiri (dari kiri ke kanan): Kam Kee Hock, Tan Hock Siang, Chin Yoon Ngean, S.Subbiah, Cheong Hong Oon, Khor Kok Seng
    Duduk (dari kiri ke kanan): Chan Ewe Pin, Gan Hock Hai, Ng Chong Wing, Tan Kok Kee, S.M. Rose

     

    Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi (SMKT) Bukit Mertajam atau lebih dikenali sebagai High School Bukit Mertajam (HSBM) ditubuhkan 82 tahun lalu iaitu 18 Januari 1927.

     

    HSBM adalah sekolah kerajaan pertama yang diwujudkan di Pulau Pinang (tanah besar) menerima kumpulan pelajar pertama seramai 385 murid daripada pelbagai kaum untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah mene.

     

    Hari ini, HSBM mempunyai lebih 1,000 pelajar yang menuntut dalam tingkatan satu hingga ke tingkatan enam.

     

    Walaupun rekaan asal bangunan sekolah itu diambil daripada sekolah rendah di Jalan Rangoon, Singapura namun bangunan lama sekolah yang terletak di blok C hari ini dikekalkan.

     

    Ia juga diisytiharkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 14 Mac baru-baru ini sebagai Bangunan Warisan sekolah.

     

    Harold Ambrose Robinson Cheeseman adalah individu yang bertanggung jawab menubuhkan HSBM kerana ketika itu, sebagai Pengarah Pelajaran Tanah Melayu, Harold Ambrose merangka pelan, perancangan dan pengisian sekolah tersebut. Ketika itu, sekolah hanya menerima murid-murid lelaki sahaja.

     

    Pengetua atau Guru Besar pertama HSBM ialah Edgar De La Mothe Stowell yang berpengalaman luas mentadbir sekolah awam sepertiSedbergh English Public School. Beliau turut terkenal dengan penekanan disiplin yang tinggi di kalangan pelajar yang belajar di sekolah awam.

     

    Bangunan asal sekolah diperbuat daripada kayu, dibina pada 1926 terletak di atas bukit dan menghadap ke Bukit Mertajam dan tiga tahun selepas selesai kerja-kerja pembinaan, bangunan itu dijadikan dewan sekolah.

     

    Ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tentera Jepun menyerah kalah kepada British pada tahun 1945, kawasan HSBM dijadikan tempat untuk menempatkan tentera Australia.

     

    Sekolah pula dipindahkan ke kawasan sawah padi di belakang Hospital Daerah Bukit Mertajam. Menjelang 13 Disember 1941, Pulau Pinang dibom dan saban hari, murid-murid sekolah dapat melihat jet pejuang 'Zero Japanese Zero' milik tentera udara Jepun, melintasi ruang udara Bukit Mertajam menuju ke pulau.

     

    Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada September 1945, sekolah dibuka semula dan menerima pendaftaran murid-murid yang ingin melanjutkan pelajaran mereka. Sebelum D.K. Swan tiba pada tahun 1946, pemangku tugas guru besar sekolah dilaksanakan oleh Cheong Hong Onn.

     

    Setahun selepas bertugas, D.K. Swan digantikan oleh J.E. Tod yang menggalas tanggungjawab sebagai guru besar HSBM dari tahun 1947 hingga 1950.

     

    HSBM sebenarnya mempunyai bilangan Pengetua yang ramai sejak ia ditubuhkan. Pengetua HSBM hari ini ialah Tuan Hj. Jamaludin bin Yaacob.

     

    Selain Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang pernah belajar di HSBM, bekas Ketua Polis Malaya dan Singapura, Tun Mohd. Salleh Ismail, juga pernah menuntut di sekolah tersebut.

     

     

    Sumber : Utusan Malaysia

     

    Last Updated on Saturday, 14 May 2011 01:10