Home Pusat Sumber Peraturan Penggunaan


GURU BERTUGAS MINGGUAN (MINGGU 23 & 24)
Tarikh : 26/06/2017 - 07/07/2017
1. Pn. Tan Gaik Choo (K)
2. En. Azmir b Azahari
3. Pn. Noorhayati bt Yusup
4. En. Ahmad Shaberi b Hanapi
5. Pn. Noor Hayati Ujar
6. Pn. Kamsina Masran
7. Pn. Nur Diyana bt Md Nor
8. Pn. Nor Eliya bt Abu


AKTIVITI / MESYUARAT
  • -

  • MEMO / MAKLUMAN
  • Senarai Nama Pelajar (Versi 2) boleh dimuaturun di 'Download >>Bahan Untuk Guru. (Sila login untuk link capaian terhad)
  • Peraturan Penggunaan PSS PDF Print E-mail
    Written by Administrator   
    Monday, 14 February 2011 00:00

     

    PERATURAN PENGGUNAAN PSS (PELAJAR)

     

    • Semua pelajar yang masuk ke pusat sumber mestilah berpakaian seragam sekolah dengan kemas.
    • Pelajar mesti menulis butir-butir diri di dalam fail pendaftaran.
    • Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis, buku teks dan buku latihan sahaja. Buku rujukan tidak dibenarkan dibawa masuk.
    • Pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan seperti bilik automasi, bilik kerja dan kaunter sirkulasi.
    • Semua beg pelajar hendaklah diletakkan di rak penyimpanan beg di luar pusat sumber.
    • Pelajar hendaklah menjaga kebersihan di dalam pusat sumber serta tidak dibenarkan membuat bising dan mengganggu pelajar lain.
    • Buku yang telah dibaca mesti diletakkan di rak asalnya.
    • Pelajar dilarang menconteng, mengoyak buku dan merosakkan perabot yang terdapat di dalam pusat sumber.
    • Pelajar dilarang membawa makanan atau minuman ke dalam pusat sumber.
    • Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku di kaunter.
    • Pelajar tidak dibenarkan tidur di dalam pusat sumber.
    • Pintu pusat sumber mestilah sentiasa tertutup kerana alat pendingin hawa sentiasa berfungsi.
    • Kerusi dan peralatan yang digunakan hendaklah diletakkan di tempat asal dengan kemas.
    • Pelajar tidak dibenarkan masuk ke pusat sumber semasa waktu pembelajaran tanpa pengawasan guru.
    • Pelajar hendaklah memastikan segala kemudahan yang disediakan tidak disalahgunakan.

     

     

    PERATURAN PENGGUNAAN PSS (GURU) 

     

    • Guru-guru yang masuk ke pusat sumber mesti merekodkan data kemasukan ke dalam fail yang disediakan.
    • Guru-guru yang membawa masuk pelajar, diminta mengawasi pelajar supaya tidak membuat bising, mencuri dan menyelerakkan buku serta bahan-bahan pusat sumber.
    • Guru-guru yang ingin meminjam buku atau bahan P&P mesti merekod peminjaman di dalam fail peminjaman buku atau bahan (kategori guru) yang disediakan di kaunter sirkulasi.
    • Tempoh peminjaman buku atau bahan sama seperti tempoh peminjaman oleh pelajar iaitu selama 1 minggu sahaja.
    • Sila pastikan pelajar tidak mengubah kedudukan bahan-bahan pameran yang dipamerkan.
    • Sila pastikan kelengkapan dan kemudahan yang digunakan oleh pelajar disusun dan dikemas semula seperti asal.

     

     

     

    Last Updated on Saturday, 14 May 2011 01:11